Monday, February 21, 2011

Nakal-nakal Ckit jerk...

Ni kisah snap2 pic abang bj oren nie.. Perh intai2 ni best gak yer... Kita tgk ckit2 yerk...
Abang nie nak ke mana lak nie???

Opsss ke seberang jalan lak..  ada yg lebih menarik la.. baju putih tu

Emmm dia perasasn ker??? Goshhhh

Malu lak dia..

Pandang sapa lah yerk?? Napa bukan Lagenda..

Comel la dia.. tapi malu lak...

Alamak ada "Bapak Gula" ker???

Cuba bayangkan dia x pakai aper2... hehee

Alamak ramainyer kawan


Makan time...

Eemmmm napa terlebih suka lak yer???

Emmm per pandangan korang tentang lelaki baju oren tu.. Muka abang2 sangat kan....

Thursday, February 17, 2011

Kasut oh Kasut....

Setiap petang nak turun bersukan... Perhhh bakyak la kasut yang diperlukan... Jogging kena pakai kasut lain ker.. nak main bola sure punyalah nak kena pakai but (kasut bola tu), bis tu klu nak main badminton ker, nak main bola tampar ker, nak main tenis ker, kena ada kasut yg lain-lain ker bagi setiap sukan tu.. Wahhh banyak la duit nak kena belaja tuk bli kasut... Maner nak cari duit nie.. Hehhe nanges la jawabnyer.. So kat sini Lagenda ada beberapa tips tuk memilih kasut yang sesuai...

MEMILIH kasut sukan antara saat paling sukar untuk seseorang yang cerewet. Yang menghairankan, walaupun cerewet, pilihan yang dibuat masih tidak tepat. Mungkin terlalu banyak pilihan menjadi faktor kekeliruan itu. Apa pun yang pasti, ia berpunca daripada kecetekan ilmu mengenai penggunaan kasut mengikut teknologi rekaan.
Sesuai ker??

Ahli biomekanik, bidang ilmu yang mempelajari perubahan posisi tubuh ketika bergerak ada menjalankan kajian dalam pemilihan kasut dan kajian itu boleh dijadikan panduan lengkap bagi individu memilih kasut paling sesuai mengikut ciri tubuh mereka.

Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:

Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.
Nak main futsal

Bola.. Bola... Bola....


Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.

Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.
Tennis

Jogging


Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.


kasut kaki, bayangkan la klw kite pakai kasut nie g jog kt taman..agak2 orang wusha kaki kite x? hehehe (mesti wusha pelik jer kan..)weks..nk pakai pon x lalu T_T ... Rasa plek x???
 Perlu ke Ada??

Gaya itu penting

BILA menerima undangan ke satu-satu majlis, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah pakaian. "Nak pakai apa ni?" "sesuai tak jika". "Kalau aku pakai seluor ni padankan dengan baju serta kasut yang ini.. Ok ker??", Perkara-perkara beginilah yang kerap, bermain-main di fikiran kaum lelaki dan akan terus menghantui hidup mereka. Bukan bermakna    lelaki tidak yakin dalam bergaya, cuma lelaki perlukan sedikit keyakinan terutamanya untuk menghadiri majlis-majlis formal yang memerlukan  memakai sut lengkap.

Tidak dinafikan keperluan pakaian lelaki terdiri daripada pelbagai gaya dan harga, bergantung kepada usia pendapatan, persekitaran kerja dan sebagainya. Selain memiliki apa yang dipanggil “basic 3 piece suit” iaitu baju, seluar dan kasut, lelaki juga perlu mempelbagaikan pilihan pakaian. Ini penting kerana walau apa juga gaya hidup anda, mungkin ada ketikanya anda memerlukan pakaian yang sememangnya tidak pernah anda sangka untuk disarungkan ke    badan anda. Teliti apa yang dipaparkan di bawah ini dan ambil perhatian, mungkin ada benda yang tidak tersimpan di almari pakaian anda!

>Pakaian Ke Majlis Formal
[Sut]
Setiap lelaki memerlukan sekurang-kurangnya sehelai sut untuk dipakai di majiis-majlis istimewa, walaupun untuk setahun sekali. Tentunya anda akan berasa malu jika tetamu di sekeliling anda mengenakan sut. Mungkin    banyak mata akan melirik ke arah anda dan mengata anda. Jika anda tidak mahu membazir dan jarang menggunakan pakaian jenis ini,pilihlah warna hitam klasik atau kelabu. Jika anda ingin menempah, pilihiah potongan klasik kerana ia sesuai sepanjang masa. Apa yang perlu anda Jakukan hanya tukar kemeja atau tali leher bagi menyerlahkan gaya anda.

[Kemeja Berwarna biru/Putih]
Kemeja putih sesuai untuk dipadankan dengan sut atau seluar untuk majlis formal, ia tidak ketinggalan zaman. selain itu ianya juga mudah dipadankan dengan mana-mana tali leher.
 
[Tali Leher]
Penting untuk melengkapkan pemakaian sut. Walaupun anda memiliki banyak pilihan, anda perlu membeli sekurang-kurangnya seheiai tali leher yang baru kerana trend pemakaian tali leher agak kerap bertukar-tukar. Lainlah jika anda mengenakan sut setiap  hari. Anda perlu memilih tali leher mengikut trend ini. Perlu kontrakan sedikit dengan warna baju. Sekiranya memakai baju biru muda pastikan tali leher berwarna gelap (sesuai dipakai).

[Kasut Hitam/Tali Pinggang Hitam]
Padanan yang cukup serasi. Kasut hitam dan tali pinggang hitam merupakan asas fesyen bagi lelaki dan ia sesuai digunakan dalam apa juga  majlis sama ada berbentuk kasual atau formal. Juga ambil perhatian,  memakai kasut hitam dan tali pinggang hitam perlu dipadankan dengan  stoking hitam, Pemilihan warna stoking selain hitam membualkan gaya  anda seperti ada yang tidak kena.

Kasut Hitam - formal dan sesuai ke semua majlis
* tapi Lagenda suka pakai stokin warna lain.. Hehee Merah n kelabu... (plek ker) 

Sekadar hiasan


Saturday, February 12, 2011

Hayati Peristiwa Ini


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Wednesday, February 2, 2011

Mari Lihat Tulisan kita


Pertama: Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.