Sunday, December 19, 2010

Doa Jodoh



بِســـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


Ya Allah, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah.

Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah.

Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh.


Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku.

Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain.
Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,



Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali.

Kalau dia jodoh orang lain.
Putuskanlah! Jodohkanlah denganku.



Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain.
dan kemudian jodohkan kembali dia denganku.

Amin Y Rabb ~~

PETUA AGAR TIDAK LUPA SESUATU YANG DIPELAJARI

SEBELUM BELAJAR
  1. Berdo’a.
  2. Tarik nafas: Oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak. Kesannya kita akan lebih bertenaga dan tenang.
  3. Cara duduk: Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik
  4. Tentukan tajuk: Tetapkan tajuk-tajuk tertentu yang hendak dibaca/ulangkaji pada sesuatu masa.
  5. Tentukan jumlah muka surat / bab yang akan dibaca.
  6. Tentukan tempoh masa
  7. Berapa lama hendak membaca.
SEMASA BELAJAR

  1. Tunjuk denagn jari: Seperti mengaji Al-Qur’an.
  2. Fahamkan dan bayangkan Otak akan sentiasa aktif. Contoh: membaca mengenai HAJI. Dapat bayangkan bentuk atau rupa Ka’bah. Seolah-olah berbual dengan jemaah. Menggunakan keduan-dua belah otak kiri dan kanan.
  3. Selang-selikan dengan rehat: Setiap 30 minit berehat 5 minit. JANGAN diselangi dengan menonton TV atau mendengar radio. Memadai dengan minum air jarang ( mineral ), berjalan-jalan di halaman atau senaman ringan seperti regangan otot.

SELEPAS BELAJAR

  1. Tutup buku.
  2. Ingatkan/bayangken kembali apa yang telah dibaca. Jika masih belum faham sepenuhnya, ulangi pembacaan. Bacaan pertama untuk faham. Bacaan keduan untuk mengingat.
  3. Bincang dengan sahabat sekumpulan tentang topic yang telah dipelajari. Bertanyalah dengan orang yang ahli dalam bidang tersebut, terutamanya guru yang mengajar sesuatu ilmu itu pada kita.

Saturday, December 11, 2010

salam..
fesyen vs lelaki : salah ker bawak beg??
emmmm meh kt tgk koleksi beg yang lagenda ada..
pada lagenda x salah pun nak berfesyen.. bawak beg ker, kasut ker, aper ker janji kita selesa gan benda tu.
ni kira lagenda nak share la per yang lagenda ada.. lantak la orang nak kata per tenteng beg lagenda..
yang penting lagenda beli guna duit lagenda sendiri, x mintak dyorg duit pun nak beli beg tu.
dyorg jeles tu tgk beg yg kita ada sbb tu dyorg mengata beg kita..
cantik lah katakan.. koleksi beg Lagenda...

Adidas..

Ada tanda harga lagi, jangan marah yer
Beg Adidas kesayangan Lagenda

emmm beg nie la yang jadi mangsa lagenda mengusung lappy, wallet, npon x ketinggalan buku sudoku.. Beg nie bleh kepit, bt beg silang pun bleh, nak nmpk xklusif pegang jer tangkai dia tu..

Beg nie banyak key chain
Beg galas Adidas. Sayang gak

beg yang nie biasnya tempat simpanan baju, seluar besar & kecik terutama nak g jejalan cari pasal.. hehee. Senang bawak beg nie... ada bahagian2 dia dalam tu, yang belakang skali ble letak lappy, then isi2 baju n last skali letak toiletris.. Senang kan... Kadang2 balik kg pun lagenda bawak beg nie.. bukan per senang, galas n trus jalan...

Adidas lagi
beg nie jadi bahan isi barang2 lagenda bila lagenda nak balik kg, bawak barang ckit jer... Lagi pun kat kg semuanya dah ada kan...

Adidas
Pun Adidas gak. Lagik la sayang

beg yang di bawa klu nak g kursus... banyak bleh isi... Ala2 maria saparova nak g main tenis lagi.. jangan marah yer.

comelkan beg adidas lagenda yang nie


Seed yang dah lama x digunakan


Beg Seed. Sayang beg nie

Beg yang sekali sekala digunakan... emmm banyak bleh isi.. Kadang2 beg nie kawan Lagenda guna... Sesuai tuk bawak lappy



Seed


Seed gak. Pun sayang beg nie
Beg Seed ni sama gan kawan lagenda yg ngajar kat sarawak.. Free gift bli pakaian seed dulu.. dah lama dah (2007)



Merahnyer...


Pierre Cardin. Sayang dia
Beg yg nie kapasiti dia kecik ckit,
bawak lappy n buku nota dah penuh..
emmm + ckit agi buku kesayangan lagenda.. (sudoku)



Elle (2008)
Elle.. Suka beg nie
Kuar jalan2 bawak nie maknanyer x shopping la...
cuma lepak2 jerk, bawak wallet + npon + sarung keselamatan + buku Sudoku.. hehe x tinggal..
Klu raya bawak beg nie mesti dalammnya ada simpan duit raya..
hehee anak2 meh cnie amik duit raya.. hahhaa


All America (2006)



All America. Pun suka gak
beg nie gunanyer tuk santai2 jer...
bawak g jejalan tuk isi keperluan lagenda n barang2 yang dibeli




Levis - ada tanda harga lagi.. jangan mara aa

Levis.. Best la beg nie
Beg Levis nie harganya RM99.90, 
klu g keja bawak beg nie lagenda akan isikan
lappy + Buku Sudoko + npon + wallet jer.. 
beg nie x berapa sesuai tuk g shopping ciz xde zip.. 
senang orang nak curi barang berharga dalam beg tu...

Adidas.... Beg manerik
Adidas - Jerman lagi tu..
Beg adidas nie, muat hanya tuk isik lappy jer.. so pastikan klu nak bawak beg nie bateri lappy penuh.. sayang beg nie...




Jenama rasmi Lagrnda




Adidas. Ringkas tapi menarik
Beg nie tuk isi kasut time sukan.. hehee.
Lagenda basuh dalamnyer pas tu klu kuar bleh isi barang2 berharga..



 

Beg Free. Sayang muah2

PLAYBOY
Walaupun beg nie free n baru jer dapat (beli suar dalam + boxer + stokin = gara2 nak cukupkan RM80.++ nyer pasal tuk dapatkan beg nie) tapi lagenda sayang n suka la beg nie.. Barangan yg dibeli x masuk pelastik.. terus masukkan dlam beg nie.. Tu la gara2 kuar x bawak beg.. Hehe bahaya tu la..

Adiads gak tu.. X tahan...
Adidas kecik yg ku sayang
beg nie kecik jer.. Tuk isi barang2 toiletris..
Tapi kadang2 kuar malas bawak beg besar
Lagenda kuarkan semua isi barang2 dalam tu.
Isi wallet + npon n aper yang patut la..






Beg gak kan??

Bli kat 7e
beg cam nie lagenda ada banyak la.. klu kuar g shopping mall, klu beli barang lagenda suka isi dalam beg nie.

Beg Boling
Beg nie x sesuai la tuk dibawak ke shopping. nie tuk bawak bola boling + kasut..

Beg Boling Lagenda
Ha tu la koleksi beg yang lagenda ada.. ada gak la yang x termasuk dalam nie, coz beg tu ada kat kg. emmm lainkali la lagenda masukkan yer.. Pd kawan2 jangan takut tuk berfesyen. X kira la baju ker, kasut ker, suar ker @ aper2 jer aksesori yg sesuai. Terutama beg... Bak kata kawan Lagenda "everything is in my bag"

Thanks

Ya Allah aku bersyukur kepadaMU kerana engkau telah memberi aku peluang untuk menikmati keindahan d bumiMU ini. Walaupun hanya sementara tetapi aku bersyukur dan aku berbangga menjadi umatMU tidak terhingga.



Tuhan terima kasih jugak kerana engkau telah memberi aku satu tamparan kehidupan yang tidak semua makhlukMU rasai. Aku terlalu bersyukur sebagai hambaMU aku redha dengan ketentuanMU TUHAN.........



Seribu titisan air mata yang mengalir pun ianya tidak dapat kembalikan kesejahteraan yang dulu pernah aku kecapi. Kini aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal....andainya bukan hari ini untuk aku mungkin esok kita akan bertemu.......



Ya Allah engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Dari engkau aku datang dari engkau jua aku kembali......Tuhan hambamu ini tidak kuat untuk hadapi kenyataan itu kerana hambamu ini terlalu lemah dan tidak berdaya untu berdiri di atas kaki sendiri. Seluruh kekuatan yang pernah engkau berikan dulu telah musnah dan hancur seperti kaca yang bertaburan pada saat ini.....aku tidak mampu lagi melawan takdirmu.

Monday, December 6, 2010

Hayati Peristiwa Hijrah

Hayati Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW..
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam ke atas baginda SAW...kaum kerabat serta sahabat2 baginda..
MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat…insyaAllah..
Alhamdulillah 1 Muharam 1432H akan membuka tirainya. Ini bererti hijrah Rasulullah SAW telah berlalu beberapa abad yg lalu. Walau bagaimanapun ianya tetap menjadi kenangan dan hingga ke hari ini, di mana seluruh umat Islam memperingatinya. Peristiwa ini sememangnya tidak boleh dilupakan kerana hijrah Rasulullah SAW merupakan sejarah agung yang telah membawa perubahan kepada kehidupan umat Islam ketika itu kepada kehidupan yang bertamadun lagi sempurna.
Jika kita kaji dan selidiki hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah itu, kita akan dapati hijrah tersebut telah membawa perubahan yang besar kepada kebangkitan, kemantapan dan perkembangan agama Islam..bahkan hijrah itu sebagai titik permulaan kuasa Islam berkembang dan tersebar ke seluruh dunia. Oleh itu penghayatan di sebalik peristiwa hijrah itu jadikan sebagai pengajaran untuk menjalani kehidupan. Ia adalah sesuatu yang dikehendaki dan dituntut dalam Islam kerana pengajaran dan iktibar dari peristiwa hijrah itulah peninggalan Rasulullah SAW yang amat berharga dan berguna jika dimanfaatkan. Walaupun hijrah Rasulullah SAW tidak akan berlaku lagi di zaman ini tetapi mesej hijrah tetap berterusan sampai bila-bila. Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud:
Dari Muawiyah r.a. berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hijrah itu tidak akan terhenti sehinggalah tertutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.''
Dari hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa hijrah itu akan terus berlaku dalam kehidupan umat Islam. Hijrah dalam erti kata meninggalkan segala perbuatan yang ditegah dan diharamkan menuju ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna dan mendapat keredhaan Allah SWT. Hijrah seperti inilah yang wajib dilakukan oleh setiap orang Islam. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muddatstsir ayat 5 mafhumNya:
"Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi."
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
Dari Abdullah bin Amru r.a dari Nabi SAW bersabda: "Dan orang yang berhijrah itu adalah barangsiapa yang berhijrah dari apa yang dilarang oleh Allah SWT."
Dalam memperingati hijrah ini apa yang perlu bagi kita umat Islam ialah membetulkan hala tuju niat, di mana segala peribadatan dan perjuangan hidup hendaklah semata-mata kerana Allah SWT, bukan kerana sesuatu atau dengan kata lain disebabkan masalah keduniaan dan sifat kepura-puraan. Ingatlah...dengan niat yang ikhlas kerana Allah sahajalah penentu amalan diterima Allah SWT. Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW seperti mana sabda baginda yang bermaksud:
Dari Umar bin Khattab r.a berkata: "Aku mendengar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dengan niat. Sesungguhnya balasan bagi setiap orang itu mengikut apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana untuk mendapatkan dunia maka ia akan memperolehinya dan barangsiapa berhijrah untuk mendapatkan wanita maka ia akan mengahwininya. Balasan hijrahnya mengikut apa yang diniatkan kepadanya."
Oleh itu, sebagai langkah ke arah meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah SWT, maka sewajarnya kita membuat penilaian terhadap apa jua yang kita lakukan, apakah amalan dan perbuatan kita selama ini disertai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Niat biarlah betul dan tulus dan janganlah niat itu disertai dengan riak, janganlah hidup berpura-pura jika mahu apa yang dimaksudkan tercapai dan diperkenankan Allah SWT. Ingatlah, bahawa Allah SWT mengetahui segala apa yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 16 mafhumNya:
"Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan."
Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masyarakat kita pada hari ini sentiasa memperingati ketibaan Awal Tahun Hijrah dengan mengadakan Majlis Ilmu seperti forum-forum, ceramah dan bermacam-macam lagi acara keagamaan. Inilah peluang bagi kita untuk menghayati dan mengambil ikhtibar terhadap peristiwa hijrah dan semoga dengan meraikan dan membesarkan peristiwa bersejarah ini, ianya akan tetap segar sampai bila-bila dan diketahui oleh semua generasi, khususnya generasi akan datang...bahawa hijrah Rasulullah SAW itu sebagai catatan sejarah dalam tamadun Islam.
Umat Islam perlu sedar dan menjadikan iktibar bahawa nilai pengorbanan diri, keluarga, harta dan tanah air yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat itu amat tinggi dan semuanya itu dilakukan semata-mata ikhlas dan taat kepada Allah SWT. Dan sesungguhnya peristiwa hijrah itu telah menguji keimanan mereka. Hasil jihad yang dilakukan dan kesabaran yang mereka miliki itu telah mendapat ganjaran di sisi Allah SWT . Firman Allah dalam Surah Al-Anfaal ayat 74 mafhumNya:
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah untuk membela Islam dan orang-orang ansar yang memberi kediaman dan pertolongan kepada orang-orang Islam berhijrah itu, merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."
Justeru itu adalah tidak memadai dengan hanya mengadakan majlis untuk memperingati hijrah jika tidak ada kesedaran untuk meningkatkan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah SWT...tiada kesanggupan untuk berjihad, berkorban dan bersabar. Berapa ramaikah yang sanggup berkorban pada jalan Allah dengan harta, masa dan tenaga untuk membantu orang-orang lain...? cuba kita renungkan kembali..
Sememangnya amat berat untuk mengikuti hijrah Rasulullah SAW kerana hijrah baginda dalam ruang lingkup yang luas yang di antaranya tidak mungkin dapat dilakukan oleh manusia seperti kita.
Tetapi apakah kita umat Islam sekarang tidak sanggup berkorban pada jalan Allah bagi manfaat orang lain sebagaimana kita berkorban untuk saudara dan keluarga kita.
Maka di sinilah peluang penghayatan hijrah pada diri seseorang jika mahu mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan sempurna dan beroleh keredhaan Allah SWT.
Oleh itu hayatilah pengajaran-pengajaran yang diperolehi daripada peristiwa hijrah itu. Jadikan ia sebagai wasilah dan landasan ke arah maksud hijrah yang sebenar...iaitu peribadatan dan amalan yang membawa kebaikan dan kesempurnaan hidup baik semasa berada di dunia mahupun apabila di akhirat kelak. Akhirnya melalui hijrah ini marilah kita sama-sama muhasabah diri...bertaubat dan memohon maghfirah dari segala dosa-dosa yang kita lakukan selama ini. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 20 mafhumNya:
"Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang-orang memakmurkan masjid sahaja dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah!

Sunday, December 5, 2010

Apa yang perlu kita lakukan untuk sambut tahun baru

Salam sejahtera buat semua.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 


Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Doa Awal Tahun Hijrah
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Salam Tahun Baru Hijrah.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Salam Ma'al Hijrah 1432


Syariat Islam menyatakan bahawa sistem kalendar Islam adalah berdasarkan kalendar Hijriyah. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang termaktub dalam surat at-Taubah ayat 36 yang bermaksud : Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya). Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. Firman Allah tersebut dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Bakrah yang bermaksud : Waktu telah kembali kepada keadaannya semula pada saat Allah s.w.t. menciptakan langit dan bumi. (Satu) tahun itu ada dua belas bulan, di antaranya ada empat bulan yang dihormati , tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharam, satu lagi Rejab berada antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban. (Riwayat Bukhari). Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila Khalifah Umar al-Khattab menetapkan peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke Madinah sejauh kira-kira 450 km itu sebagai tahun pertama dalam Islam yang dinamakan dengan tahun Hijriyah. Oleh itu, penggunaan Takwim Hijriyah yang digunakan pada masa sekarang telah bermula sejak tahun ke 17 Hijriyah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Penetapan permulaan tarikh bagi Takwim Hijriyah ini, diambil sempena peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. yang bermula pada tanggal 2 Rabiulawal bersamaan 14 September 622 Masihi. Baginda sampai di Quba pada tanggal 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622 Masihi pada hari Isnin. Jika dihitungkan kembali, maka 1 Muharam bagi tahun pertama Hijriyah atau tarikh 1 Muharam 0001 didapati jatuh pada 16 Julai 622 Masihi iaitu pada hari Jumaat berdasarkan kiraan rukyah. Wajar disingkap untuk pengetahuan ramai bahawa sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab tidak mempunyai satu sistem kalendar yang tersendiri. Sebaliknya tahun-tahun bagi takwim mereka berasaskan sesuatu peristiwa penting yang berlaku seperti Tahun Gajah, Tahun Banjir di Mekah, Tahun Pembinaan Semula Kaabah dan sebagainya. Namun demikian, dari segi nama bulan dalam tahun Hijriyah, dunia Arab sudah mengenal nama-nama bulan seperti Muharam, Syawal, Safar dan sebagainya. Dengan kedatangan Islam, beberapa bulan telah dinyatakan di dalam kitab suci al-Quran sebagai bulan yang lebih mulia. Sistem perkiraan Takwim Hijriyah ini berdasarkan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Sementara itu, permulaan hari dalam Islam pula dikira dari masa terbenamnya matahari pada hari tersebut. Sistem Kalendar Islam yang mengandungi 12 bulan ini merupakan ketentuan Allah s.w.t. sebagaimana firman-Nya di atas. Dalam pada itu, sistem kalendar yang menambah bulan sehingga menjadi 13 bulan seperti yang berlaku pada kalendar kaum lain, diharamkan oleh Allah s.w.t., sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Sesungguhnya mengundurkan atau menambah bulan adalah tambahan dalam kekufuran. (At-Taubah ; 37) Di samping itu, Rasulullah s.a.w. juga menentukan bahawa umat Islam harus mengikut peredaran bulan bagi menentukan bulan dan tahun, bukan berdasarkan peredaran matahari. Ini jelas daripada sabda Rasulullah s.a.w. yang mengatakan bahawa setiap bulan mengandungi sama ada 29 atau 30 hari. Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga bersabda bahawa umat Islam wajib memulakan ibadah puasa Ramadan apabila anak bulan kelihatan. Oleh kerana itu juga Umar al-Khattab mengasaskan kalendar Hijrah berdasarkan pergerakan bulan, bukan matahari. Jika diimbas kembali peristiwa hijrah Nabi s.a.w., ternyata bahawa hijrah yang dilakukan baginda amat besar ertinya di dalam sejarah perkembangan dakwah Islamiah. Ini kerana bertitik tolak dari tarikh tersebut, dakwah Islam mula menempuh zaman baru dan mula mencapai kejayaan yang gemilang. Jika sebelum hijrah, umat Islam merupakan golongan yang ditindas dan diseksa oleh kaum musyrikin di Mekah, akan tetapi selepas berhijrah ke Madinah, kaum Muslimin mempunyai kedudukan yang kuat dengan terbentuknya sebuah negara Islam yang menjadi asas kekuatan dan perkembangan Islam seterusnya. Oleh yang demikian, peristiwa hijrah perlu dikenang oleh umat Islam setiap tahun untuk menjadi pengajaran dan peringatan tentang pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya menegakkan Islam. Mudah-mudahan dengan kenangan itu dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam bahawa kemuliaan Islam dan kewujudan negara Islam bukanlah diperoleh dengan mudah. Sebaliknya ia perlu melalui perjuangan yang gigih dan pengorbanan tenaga dan jiwa raga. Sesungguhnya pengorbanan tinggi yang dimiliki dan diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w. dan umat Islam pada zaman baginda merupakan bukti kesungguhan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap akidah Islam dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap perintah Allah s.w.t. Sifat seperti inilah yang sepatutnya ada dan diikuti oleh generasi umat Islam hari ini. Di samping itu juga, perlulah diketahui bahawa pengertian hijrah bukan sahaja terbatas kepada pengertian perpindahan dari satu tempat atau negeri ke tempat yang lain, tetapi ia meliputi makna maknawi iaitu berpindah daripada sifat atau perbuatan yang kurang baik atau tidak baik kepada yang baik. Pengajaran daripada hijrah Nabi s.a.w di antaranya ialah kita perlu melakukan pengorbanan untuk membawa perubahan. Ini kerana tiada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan dalam kehidupan manusia. Ia meliputi perubahan daripada perkara yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik. Oleh yang demikian, setiap Muslim perlu memiliki semangat dan cita-cita untuk berubah dan berjaya dalam segenap lapangan kehidupan. Hijrah juga tidak akan terlaksana sepenuhnya tanpa gandingan iman dan jihad, tidak kira sama ada hijrah pada pengertian sebenar iaitu berpindah tempat ataupun hijrah hati dan jiwa daripada keburukan kepada kebaikan. Jika diperhatikan, al-Quran sendiri banyak menggandingkan antara kalimah hijrah dengan iman dan jihad. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 218 yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah untuk menegakkan agama Islam, mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah Allah maha Pengampun lagi maha mengasihani. Berdasarkan ayat di atas, jelas kepada kita bahawa dalam setiap perjuangan, terdapat tiga unsur yang berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain iaitu iman, hijrah dan jihad. Tanpa keimanan yang teguh dan kecintaan seseorang hamba kepada Allah s.w.t. serta semangat jihad untuk berjuang dan berkorban apa sahaja, pasti hijrah tidak dapat dilakukan sebagaimana yang dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w. Namun demikian, kita masih berpeluang melakukan hijrah secara peribadi iaitu hijrah hati dengan melangkah ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan serta kemungkaran. Hijrah daripada individu yang tidak bermutu kepada individu yang bermutu dari segi akidah, syariat dan akhlak. Kesedaran terhadap kepentingan sejarah Tahun Baru Hijrah dalam Islam harus dipupuk di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Ini kerana ia dapat dijadikan penggerak ke arah kecemerlangan. Dengan kesedaran tentang latar belakang sambutan tahun baru dalam Islam, umat Islam khususnya di negara ini dapat menjadikannya sebagai wadah untuk membina keazaman baru bagi menggiatkan usaha membina peribadi dan pencapaian yang cemerlang. Oleh yang demikian, sambutan terhadap Tahun Baru Hijrah harus diikuti dengan usaha melakukan perubahan pada diri dan masyarakat kita agar penyelewengan akidah dan kepincangan sosial dapat diperbetulkan dan Islam sebagai agama yang mulia dan tinggi akan dapat didaulatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Sesungguhnya, sekiranya Islam itu hanyalah berkisar tentang ibadah sembahyang dan puasa, maka hijrah tidak akan berlaku kerana kedua-duanya dapat dilakukan di dalam rumah masing-masing. Akan tetapi, oleh kerana agama Islam itu melibatkan pembetulan dan pengislahan, penyusunan semula masyarakat, sehingga ke peringkat mengerah bala tentera untuk mempertahankan kedaulatan, maka wajarlah umat Islam menjadikan hijrah sebagai titik renungan agar Islam hari ini bertaraf sebagaimana yang pernah ditunjuk dan diajar oleh nabi kita melalui peristiwa hijrah tersebut. Justeru itu, sambutan Tahun Baru Hijrah seharusnya disambut dengan lebih meriah dan bermakna, khususnya di kalangan umat Islam.
 
Penghijrahan
 

Wednesday, December 1, 2010

Amr Diab - El alem Allah

Amr Diab - Tamally Maak

1/12/2010

Dah masuk bulan terakhir tahun 2010. Banyak yan perlu dilakukan dalam bulan nie. 1st my sis birthday (3 & 10). Emmm nak bagi per yer. Yang menariknyer ari dah masuk bonus - kerajaan bagi. Ok lah tu dapat la gak RM 500, kira bernafas gak la. Emmm dah tu kat tempat kerja berturut majlis nak kena sambut, tentu banyak kerja nak kena buat nie. X larat la. Tapi demi tugas dan amanah yang diberikan, Lagenda tunaikan gak.

Bersempena tarikh lahir Lagenda
Kepada kawan2 Lagenda yang belum tertunai azamnyer tahun nie, masih ada massa lagi nak capai azam tersebut. Lagenda sangat bersyukur la dapat capai azam Lagenda.
Tuk tahun depan nie Lagenda nak buat yang terbaik buat diri Lagenda, Kepada kawan2 Lagenda pun samer yerk. Kita buat yang terbaik yerk. Jadilah orang yang produktif. Hehee
With my friend
Kawan2 per perancangan tuk tahun hadapan??? Harap2 pencapaian kita lebih baik daripada tahun nie... Love u all

Allahi Allah kiya Karo - Maher Zain (Origional Sound Track)

Maher Zain - Allahi Allah Kiya Karo [Lyrics are in description box]

Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله