Saturday, December 11, 2010

Thanks

Ya Allah aku bersyukur kepadaMU kerana engkau telah memberi aku peluang untuk menikmati keindahan d bumiMU ini. Walaupun hanya sementara tetapi aku bersyukur dan aku berbangga menjadi umatMU tidak terhingga.



Tuhan terima kasih jugak kerana engkau telah memberi aku satu tamparan kehidupan yang tidak semua makhlukMU rasai. Aku terlalu bersyukur sebagai hambaMU aku redha dengan ketentuanMU TUHAN.........



Seribu titisan air mata yang mengalir pun ianya tidak dapat kembalikan kesejahteraan yang dulu pernah aku kecapi. Kini aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal....andainya bukan hari ini untuk aku mungkin esok kita akan bertemu.......



Ya Allah engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Dari engkau aku datang dari engkau jua aku kembali......Tuhan hambamu ini tidak kuat untuk hadapi kenyataan itu kerana hambamu ini terlalu lemah dan tidak berdaya untu berdiri di atas kaki sendiri. Seluruh kekuatan yang pernah engkau berikan dulu telah musnah dan hancur seperti kaca yang bertaburan pada saat ini.....aku tidak mampu lagi melawan takdirmu.

No comments:

Post a Comment