Thursday, February 17, 2011

 Perlu ke Ada??

Gaya itu penting

BILA menerima undangan ke satu-satu majlis, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah pakaian. "Nak pakai apa ni?" "sesuai tak jika". "Kalau aku pakai seluor ni padankan dengan baju serta kasut yang ini.. Ok ker??", Perkara-perkara beginilah yang kerap, bermain-main di fikiran kaum lelaki dan akan terus menghantui hidup mereka. Bukan bermakna    lelaki tidak yakin dalam bergaya, cuma lelaki perlukan sedikit keyakinan terutamanya untuk menghadiri majlis-majlis formal yang memerlukan  memakai sut lengkap.

Tidak dinafikan keperluan pakaian lelaki terdiri daripada pelbagai gaya dan harga, bergantung kepada usia pendapatan, persekitaran kerja dan sebagainya. Selain memiliki apa yang dipanggil “basic 3 piece suit” iaitu baju, seluar dan kasut, lelaki juga perlu mempelbagaikan pilihan pakaian. Ini penting kerana walau apa juga gaya hidup anda, mungkin ada ketikanya anda memerlukan pakaian yang sememangnya tidak pernah anda sangka untuk disarungkan ke    badan anda. Teliti apa yang dipaparkan di bawah ini dan ambil perhatian, mungkin ada benda yang tidak tersimpan di almari pakaian anda!

>Pakaian Ke Majlis Formal
[Sut]
Setiap lelaki memerlukan sekurang-kurangnya sehelai sut untuk dipakai di majiis-majlis istimewa, walaupun untuk setahun sekali. Tentunya anda akan berasa malu jika tetamu di sekeliling anda mengenakan sut. Mungkin    banyak mata akan melirik ke arah anda dan mengata anda. Jika anda tidak mahu membazir dan jarang menggunakan pakaian jenis ini,pilihlah warna hitam klasik atau kelabu. Jika anda ingin menempah, pilihiah potongan klasik kerana ia sesuai sepanjang masa. Apa yang perlu anda Jakukan hanya tukar kemeja atau tali leher bagi menyerlahkan gaya anda.

[Kemeja Berwarna biru/Putih]
Kemeja putih sesuai untuk dipadankan dengan sut atau seluar untuk majlis formal, ia tidak ketinggalan zaman. selain itu ianya juga mudah dipadankan dengan mana-mana tali leher.
 
[Tali Leher]
Penting untuk melengkapkan pemakaian sut. Walaupun anda memiliki banyak pilihan, anda perlu membeli sekurang-kurangnya seheiai tali leher yang baru kerana trend pemakaian tali leher agak kerap bertukar-tukar. Lainlah jika anda mengenakan sut setiap  hari. Anda perlu memilih tali leher mengikut trend ini. Perlu kontrakan sedikit dengan warna baju. Sekiranya memakai baju biru muda pastikan tali leher berwarna gelap (sesuai dipakai).

[Kasut Hitam/Tali Pinggang Hitam]
Padanan yang cukup serasi. Kasut hitam dan tali pinggang hitam merupakan asas fesyen bagi lelaki dan ia sesuai digunakan dalam apa juga  majlis sama ada berbentuk kasual atau formal. Juga ambil perhatian,  memakai kasut hitam dan tali pinggang hitam perlu dipadankan dengan  stoking hitam, Pemilihan warna stoking selain hitam membualkan gaya  anda seperti ada yang tidak kena.

Kasut Hitam - formal dan sesuai ke semua majlis
* tapi Lagenda suka pakai stokin warna lain.. Hehee Merah n kelabu... (plek ker) 

Sekadar hiasan


No comments:

Post a Comment